Monday, 27 June 2011

RFID in Inventory System

Apa itu RFID?

Radio Frequency Identification (RFID) 
  • (RFID) adalah proses pengenalan suatu objek dengan menggunakan frekuensi pemancar radio. Frekuensi radio digunakan untuk membaca maklumat dari sebuah device kecil yang disebut tag atau transponder (Transmitter + Responder). Tag RFID akan mengenali diri sendiri ketika mengesan isyarat dari device yang serasi, iaitu pembaca RFID (RFID Reader).
  • Secara ringkas, mekanisme kerja yang terjadi dalam sebuah sistem RFID adalah bahawa sebuah reader frekuensi radio melakukan scanning terhadap data yang tersimpan dalam tag, kemudian menghantar maklumat tersebut ke sebuah data yang menyimpan data yang terkandung dalam tag tersebut.
  • RFId kini telah banyak digunakan khususnya sebagai pengganti barcode. Sistem RFID menawarkan peningkatan dalam pengendalian inventory, logistik dan pengendalian yang sekarang sedang digunapakai.  
  • Cip RFID iaitu sesuatu benda yang boleh dipasang atau dimasukkan di dalam sesuatu produk, haiwan atau ke dalam manusia dengan tujuan untuk pengenalan menggunakan gelombang radio.



Proses RFID
  1. Chip RFID telah dimasukkan  no. siri (atau data tertentu sesuai dengan keinginan untuk jenis RFID R/W atau no. siri yang telah secara automatik diisikan oleh pembuat RFID), di mana chip tersebut akan bekerja pada freq tertentu yang telah ditentukan oleh pembuat (terdapat beberapa standard freq untuk RFID sebagai contoh 125-134 kHz, 13.56 MHz, 2.45 GHz, 5.8 GHz dan banyak lagi)
  2. Alat pembaca yang dapat memancarkan gelombang tertentu sesuai dengan  yang akan digunakan, di mana alat pembaca tersebut juga berfungsi sebagai alat penerima maklumat yang terkirim dari chip yang memiliki data.
  3. Komputer atau microkontroller yang berfungsi mengegola data input dari user.
  4. Alat pembaca RFID akan memancarkan signal secara terus-menerus ke sebuah chip pada jarak yang tertentu bergantung kepada antenna.
  5. Chip tersebut akan secara automatik membalas dengan cara mengirimkan data. 
  6. Data tersebut akan dikirimkan kapada komputer yang disambungkan. 





    Komponen RFID

    RFID merupakan teknologi yang berfungsi untuk melakukan pengenalan terhadap sesuatu objek melalui data melalui frekuensi radio. sisitem tersebut memerlukan Tag (yang berfungsi sebagai Transponder), Reader (berfungsi sebagai interrogator) dan Antenna (berfungsi sebagai coupling device).



    Contoh Passive Tag dari Texas Instruments Incorporated (kiri) dan Celis Semiconductor Corporation (kanan)



    contoh Tag




    RFID Reader






    RFID Antenna












    Jenis RFID




    Tag RFID pasif  tidak mempunyai kekuatan sendiri(bateri). Dari segi kekuatan dan respond dari tag pasif RFID lebih baik. Jarak lebih dekat. 


    Tag RFID aktif  mempunyai bateri dan memiliki memori yang lebih besar daripada teknologi pasif, memiliki kemampuan untuk memyimpan  informasi tambahan yang dimiliki oleh transceiver. Jarak yang lebih jauh berbanding tag RFID pasif. 




    Aplikasi RFID dalam Pengangkutan 


    RFID boleh diaplikasikan di dalam bidang pengangkutan. Pengangkutan boleh dikaitkan juga dengan bidang automotif. 


    Penggunaan RFID dalam bidang automotif berkembang dengan sangat cepat. Antaranya: 
    • Car doors and locks
    Ia sangat membantu ketika meletakkan kenderaan di tempat letak kereta iaitu untuk memjaga keselamatan kenderaan tersebut. Selain itu, untuk memudahkan pemilik kenderaan tersebut mencari kereta tersebut jika pemilik kenderaan tersebut terlupa tempat mereka meletakkan kenderaan mereka.
    • Key and ignition systems
    Untuk memcegah daripada berlakunya kecurian. Jutaan kenderaan di Amerika Utara telah menggunakan RFID-enabled keys dan jika RFID tag di dalam kunci tidak sesuai dengan apa yang dibaca ignition excpect maka kenderaan tersebut tidak akan berbunyi. 



    Perusahaan kenderaan terkemuka dari Jerman, BMW telah memanfaatkan penggunaan RFID sebagai real time locating system (RLTS) dari teknologi wireless tracking perusahaan WhereNet sebagai standard global dan teknologi ini sudah dijalankan sejak tahun 2005. Setelah diinstal pada seluruh kilang BMW di Dingolfing, Munich, dan Regensburg, Germany. Ketika perusahaan lain baru saja mula memahami pentingnya kemampuan RFID dalam mentransformasikan proses perniagaan, industri automotif sudah menggunakan aplikasi RFID secara aktif selama beberapa tahun dengan hasil yang sangat memuaskan.

    Seorang operator sistem pengeluaran menempatkan WhereTag temporer, yang dihubungkan dengan VIN(vehicle identification number) atau nombor siri kendaraan kepada setiap kenderaan yang bergerak di sistem pengeluaran. Sistem ini menyediakan hubungan yang konsistan dan terus-menerus kepada setiap kendaraan 
    yang telah ditandakan, sama ada ditempatkan di dalam kilang ataupun di luar.


    Ketika sistem pembangunan BMW aktif untuk penuntasan kerja atas sebuah kenderaan, seorang pekerja boleh mencari lokasi secepat mungkin melalui internet (web browser) kerana program secara visual menyajikan gambar lokasi semua kenderaan di dalam kilang. Ketika sebuah kenderaan baru dinyatakan lulus uji dan siap dihantar, where tag dicabut dan diprogramkan semula sehingga dapat dipakai lagi untuk kenderaan yang baru di dalam sistem pengeluaran. 






    Contoh penggunaan RFID dalam kenderaan




    kelebihan RFID

    • Data yang dapat ditampung lebih banyak daripada alat bantu lain (kurang lebih 2000 byte)
    • Ukuran sangat kecil (untuk jenis pasif RFID) sehingga mudah ditanamkan dimana-mana
    • Bentuk dan design yang flexibel sehingga sangat mudah untuk dipakai diberbagai tempat dan kegunaan kerana chip RFID dapat dibuat dari tinta khusus.
    • Pembacaan maklumat sangat mudah, kerana bentuk dan bidang tidak mempengaruhi pembacaan, seperti sering terjadi pada barcode, magnetik dll.
    • Jarak pembacaan yang flexibel bergantung pada antena dan jenis chip RFID yang digunakan. Seperti contoh autopayment pada jalan tol, penghitungan stok, access gate.
    • Kecepatan dalam pembacaan data.

    kelemahan RFID

    • Akan terjadi kekacauan maklumat jika terdapat lebih daripada 1 chip RFID melalui 1 alat pembaca secara bersamaan, kerana akan terjadinya kesalahan maklumat yang diterima oleh pembaca (kendala ini dapat terselesaikan oleh kemampuan akan cepatkan penerimaan data sehingga chip RFID yang masuk akan dianggap sebagai data yang berikutnya).
    • Jika terdapat freq overlap (dua freq dari pembaca berada dalam satu area) dapat memberikan informasi data yang salah pada komputer/pengolah data sehingga tingkat akuransi akan berkurang (permasalahan ini dipecahkan dengan cara pengimplementasian alat diteksi pertembungan freq atau menata peletakan area pembacaan sehingga dapat menghindari petembungan).
    • Gangguan akan terjadi jika terdapat freq lain yang dipancarkan oleh peralatan lainnya yang bukan diperuntukkan untuk RFID, sehingga chip akan merespon freq tersebut (freq Wifi, handphone, radio pemancar, dll).
    • Privasi seseorang akan secara automatik menjadi berkurang, kerana siapa saja dapat membaca maklumat dari diri seseorang dari jarak jauh selama orang tersebut memiliki alat pembaca, sebagai contoh seseorang dapat membaca jumlah wang yang dimiliki orang lain di dalam dompetnya.



    Kawalan Kualiti

    Apa itu Kawalan Kualiti?

    Kawalan Kualiti merupakan satu proses yang digunakan untuk memastikan tahap kualiti dalam sesuatu produk. Ia akan dilakukan ke atas produk siap/akhir.






    Fungsi kawalan kualiti
    1. Kawalan kualiti ini untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi keperluan tertentu, boleh dipercayai dan memuaskan. 
    2. Untuk mengenalpasti produk yang bermasalah iaitu produk yang tidak memenuhi piawaian yang ditentukan oleh syarikat. 
    3. mengenalpasti masalah yang berlaku ke atas produk dengan melakukan ujian dan semakan kualiti ke atas setiap pengeluaran syarikat. 

    Kelebihan Kawalan Kualiti
    • Memberi perlindungan ke atas kualiti produk yang dikeluarkan oleh oleh syarikat. 
    • Dapat menjaga imej syarikat dengan menghasilkan produk yang berkualiti.
    • Mendapat lebih ramai pelanggan syarikat.
    • Mealncarkan proses pengeluaran tanpa sebarang masalah.

    Kelemahan Kawalan Kualiti
    • Mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan sesuatu produk.
    • Memerlukan tenaga pekerja yang lebih dan tambahan masa untuk mengeluarkan sesuatu produk tersebut. 

    Perbezaan QA & QC

    Kawalan kualiti berkenaan dengan produk dan penilaian ke atas produk dengan menilai sama ada hasil akhir memuaskan. Manakala jaminan kualiti berorientasikan proses untuk memenuhi objektif iaitu dengan memastikan , dilaksanakan atau di keluarkan mengikut piawaian. 



    TOYOTA CAMRY GANTUNG JUALAN : CONTOH KAWALAN KUALITI


    Petikan daripada berita automotif yang disiarkan oleh Harian Kosmo! online hari ini mengatakan pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota menggantung jualan kereta Camry dan tujuh model lain di Amerika Syarikat (AS) bagi membaiki masalah pedal minyak.Masalah itu membahayakan pemilik kenderaan kerana kereta yang dipandu mereka boleh memecut secara mendadak.Penggantungan jualan itu yang diumumkan kelmarin melibatkan lapan model kenderaan Toyota di AS iaitu Camry dari 2007-2010, Corolla 2009-2010, RAV4 2009-2010, Matrix 2009-2010, Avalon 2005-2010, Highlander 2010, Tundra 2007-2010 dan Sequoia 2008-2010.



    Toyota turut menggantung pengeluaran model-model kenderaan itu di lima buah kilangnya di AS dan Kanada bermula 1 Februari ini bagi menilai dan menyelaras aktivitinya.
    Terdapat 2.3 juta kenderaan yang terbabit dalam pemulangan semula itu kerana pedal minyak yang tersangkut akibat masalah mekanikal. Beberapa bulan lalu, Toyota memanggil semula 4.2 juta kenderaan kerana masalah pedal minyak yang tersangkut di bawah karpet lantai.
    Tindakan Toyota, sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia dalam melaksanakan kawalan kualiti (Quality Control) dana macam lagilah yang berkaitan dengan pengurusan kualiti, itu sebab syarikat jepun ni mampu berada di nombor satu dunia mengalahkan pesaing-pesaing lain yang sudah lama bertapak dalam bidang automotif.
    Dan teringat pulak dekat kereta nasional yang berdasarkan pendedahan sama ada secara lisan mahupun secara online yang kerap meragam dan macam-macam hal berkaitan kualiti produknya, begiru jugak kereta yang penulis pakai sekarang ni, walaupun buatan Korea tapi di pasang di Malaysia, walaupun baru masuk tahun ketiga tapi masalahnya  aduhai boleh tahan…..gamaknya bila lah atau sanggupkah pihak pengusaha industri automotif di Malaysia melaksanakan quality control seperti Toyota.
    January 28th, 2010 at 9:58 am